Thursday, June 18, 2009

ONLINE dgn Tuhan???

.::Sinopsis::. “Berhubung dengan Tuhan melalui talian tanpa wayar” Hampir semua individu online setiap hari. Dalam zaman global ini, internet, emel, ruang sembang seperti Yahoo Mesengger, Skype, jaringan sosial seperti Friendster, MySpace, Facebook dan sebagainya adalah medium perantara yang sinonim dengan masyarakat dalam berkomunikasi. Tidak kira di mana sahaja kita berada, online sentiasa berlaku tanpa mengira masa dan waktu. Namun, hidup ini sebenarnya terkawal dan mempunyai hubungan langsung dengan Super Kuasa. Jaringan dengan makhluk adakalanya menjadikan kita lupa bagi mencipta jaringan langsung dengan Pencipta. Buku Online dengan Tuhan membawa pembaca menyelami hubungan antara hamba dengan Tuhan yang lebih hebat dan melampaui teknologi online yang ada pada hari ini. Hubungan tanpa wayar (wireless) yang jauh lebih awal dan sudah bermula sejak Nabi Adam mula diciptakan. Buku ini dipersembahkan dan diolah secara komparatif dan praktikal.

My ulasan~ Actually, I just read about this book. Almaklumlah masa tengah-tengah bosan nak isi masa terluang tuh, ada pulak seorang sahabat saya menghulurkan buku ni. So, mula-mula macam malas nak baca. Tapi bila dah start baca, tiba-tiba rasa macam menarik pulak buku ni. So, kat bawah ni adalah sikit ulasan daripada saya telah dapat setelah pembacaan. Huhu... Berhubung dengan Tuhan melalui talian tanpa wayar?? Macam mane ye tu?? Hmm.... Tapi betul jugak kan? Kalau kita nak berhubung dengan Tuhan perlu ke internet, telefon dan sebagainya yang memerlukan wayar? Mestilaa tak kan?? Sudah tentu kalau nak berhubung Tuhan kita harus guna cara yang manual iaitu direct straight to Him. ”Internet itu Makhluq, ALLAH itu Khaliq” Andai kita boleh berhubung dengan kawan-kawan melalui YM dan email, megapa tidak kita berhubung secara terus dengan ALLAH?? Fikir-fikirkan........ ALLAH tidak menjadikan manusia atas dasar suka-suka, tapi dalam setiap yang diciptakan-Nya pasti ada hikmahnya juga baik buruknya. Boleh je kalau ALLAH nak ciptakan semua ciptaan-Nya dengan begitu sempurna, andai dikata-Nya ”Kun fayakun!” maka akan terjadilah sesuatu itu mengikut kehendak-Nya. Tapi kenapa ALLAH tak buat macam gitu?? Kenapa dalam setiap perkara mesti ada kelebihan dan kelemahannya?? ALLAH menjadikan setiap ciptaan-Nya dengan pelbagai jenis rupa, sifat, sikap, warna bahasa dan bentuk yang berbeza-beza sebab ALLAH nak kita semua berkenal-kenalan antara satu sama lain. Bukan itu je, malah ALLAH juga nak menguji manusia dengan kelebihan serta kekurang yang ada pada diri mereka. Tapi, itulah manusia yang sering lupa akan asal usul kejadian. Manusia sering terpegun dengan ciptaan sementara manusia melebihi ciptaan ALLAH. Sebagai contoh, sekarang di zaman wawasan 2020 ini, manusia lebih bangga dengan bangunan-bangunan pencakar langit nak dibandingkan dengan Pencipta langit. Malah manusia berlumba-lumba untuk membina bangunan pencakar langit yang tertinggi didunia sedangkan semua itu hanyalah pinjaman daripada ALLAH untuk tempoh masa yang tidak lama. YA memang benar kita sebagai manusia dan internet adalah makhluq terhebat di planet bumi yang menyimpan 1001 tanda kebesaran ALLAH. Tapi bila difikirkan kembali, disebalik segala kebanggaan manusia itu, siapakah sebenarnya penciptanya???? Sudah tentulah ALLAH yang Maha Kuasa........ Tiada yang lebih berkuasa melainkan Dia. ”Wahyu tanpa wayar, ibarat wireless network.” Sebagaimana yang kita tahu, dalam banyak-banyak mukjizat, mukjizat yang kekal hingga ke hari akhirat ialah Al-Qur’an dan ia adalah kompilasi wahyu tanpa wayar. Menurut Dr.Yusuf Al-Qardhawi: “Kitalah kaum muslimin satu-satunya umat yang memiliki manuskrip langit yang paling sahih, yang mengandungi kata-kata ALLAH yang terakhir, yang diberi kepada manusia sebagai petunjuk.” Dalam surah al-Hijr ayat 9 yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami yang menurunkan ayat al-Qur’an dan Kami pasti memeliharanya.” Betul juga ya?? Andai kita mudah sahaja menggunakan Google untuk mencari perkara-perkara yang tidak berfaedah, kenapa tidak kita browse juga Al-Qur’an sekaligus tadabbur tafsir ayat yang tersirat. Manusia ni macam-macam kerenahnya. Ada sahaja alasan untuk tidak melakukan sesuatu itu sedangkan ianya adalah perkara yang sangat dituntut. Lazimnya, waktu hujan lebat kita pasti akan menutup internet serta computer bagi mengelakkan terkena panahan petir. Tapi pernahkah kita fikir sebenarnya masa inilah antara masa yang paling sesuai untuk kita ber’ONLINE dengan Tuhan’ kerana pada waktu ni, doa mudah diperkenankan oleh ALLAH dan ianya merupakan antara waktu terbaik. Jadi, sahabat-sahabat sekalian juga diri saya sendiri, fikir-fikirkan lah dan muhasabahlah diri kita sendiri. Memang tiada salahnya untuk kita menggunakan internet dan online, tapi ada had dan batasnya. Andai ianya digunakan kearah kebenaran maka itulah yang sebaiknya……. Dan sebagai seorang hamba, bersyukur lah dengan segala nikmat yang telah kita peroleh. OK!

1 comments:

Unknown said...

huhu.manusia tu tunggu ditimpa susah baru ingat DIA.huhu.betapa jauhnya kita dengan DIA bila terasa diri seperti yang tersebut.