Sunday, April 10, 2011

Indahnya Alam ~



Alhamdulillah saya masih lagi diberi kekuatan untuk berbicara lagi disini walaupun sekarang ni tengah musim final exam untuk sem ni. Saje nak melepaskan stress sekejap. :p 

Hari ni tiba-tiba saya rasa nak bercerita pasal alam pulak. Alam? Kenapa alam di pilih sebagai topic utama ek? Eh, ni bukan nak cerita pasal penari yang namanya Alam dalam So You Think You Can Dance tu tau! Hmmm.... ni pasal alam yang lain. Alam iaitu Nature.




SEBABNYA alam ni yang seringkali membuat saya rasa damai bila ada masalah yang menghimpit jiwa saya dan bilamana hati saya rasa rindu sangat dengan kawan-kawan saya. Lagipun saya memang suka sangat dengan apa-apa yang berkaitan dengan alam. Kalau ajak berjalan ke tepi pantai, picnic, panjat gunung atau apa-apa yang seangkatan dengannya ke saya ni dikira pengikut nombor satu la! Cannot miss maaaa~ hehe...

Indah bukan alam itu? Indahnya sungguh mempesona.
Bayu bisikan angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa membawa jauh hati ini dari rasa resah dan gelisah.
Burung-burung bernyanyi riang suaranya lebih indah daripada mendengar lagu-lagu lagha.
Bunga-bunga yang kembang mekar menceriakan hari-hari tatkala duka.
Ikan-ikan berenang bebas menyembuhkan lara yang terpendam lama.
Lantas, desiran air yang sering mengalir seolah-olah mengatakan bahawa hidup ini perlu diteruskan dan tidak hanya akan terhenti di begitu sahaja.
Itulah Alam.
Keindahannya memang tiada tandingan.
Tanda kebesaran Allah S.W.T

Merenung dan menghayati alam membuatkan saya rasa tenang sangat sebab alam ni merangkumi banyak hidupan ciptaan Allah macam burung, pokok-pokok, bunga, air, angin, awan dan banyak lagi lah. Kalau nak senaraikan semua tak mampu saya sebab alam ciptaan Allah ni sangatlah besar dan luas. Bila lihat alam, secara tak langsung ia mengingatkan saya kepada Tuhan yang menciptakan alam iaitu Allah. Jom kita hayati beberapa petikan ayat Qur’an ni yang bermaksud:

“Sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi, pergantian malam dan siang, kapal yang berlayar di laut dengan muatan yang bermanfaat bagi manusia, apa yang diturunkan Allah dari langit berupa air, lalu dengan itu dihidupkan-Nya bumi setelah mati (kering), dan Dia tebarkan di dalamnya bermacam-macam binatang, dan perkisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi, (semua itu) sungguh, merupakan tanda-tanda kebesaran Allah bagi orang-orang yang mengerti.”

[Al-Baqarah: 164]

Betapa besarnya nikmat yang Allah kurniakan kepada kita dengan memberikan alam ini sebagai sumber hidup kita. Kalau kita teliti setiap perkara yang diciptakan oleh Allah ni, tiada sedikit pun cacat cela. Cukup segala-segalanya. Kalau ada kekurangan sekali pun, mungkin itu adalah peringatan kepada kita bahawa Allah itu Maha Kuasa dan tiada lagi yang lebih berkuasa melainkan-Nya.

“Yang menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Tidak akan kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang pada penciptaan Tuhan Yang Maha Pengasih. Maka lihatlah sekali lagi, adakah kamu lihat sesuatu yang cacat? Kemudian ulangi sekali lagi pandanganmu, nescaya pandangmu akan kembali kepadamu tanpa sesuatu pun yang cacat dan pandanganmu dalam keadaan yang letih.”

[Al-Mulk: 3-4] 

Namun adakah kita sedar bahawa alam ini bukan sahaja diciptakan sahaja sebagai sumber hidup manusia, malah Allah menciptakan setiap satu perkara itu (pokok, haiwan) dengan fungsinya tersendiri untuk menyeimbangkan bumi kita supaya tidak berlakunya bencana alam. Contohnya macam pokok. Pokok-pokok yang kita lihat banyak di kawasan gunung-gunung diciptakan untuk menjadi seolah-olah macam penapis apabila air hujan turun dari puncak gunung. Dengan adanya pokok-pokok ni, laluan air hujan itu akan terhalang dan ia akan mengelakkan air daripada terus menghempas hidupan di kawasan kaki gunung dimana disitulah penempatan ramai manusia dan akhirnya mengelakkan banjir besar daripada berlaku. Ianya juga dijadikan sebagai kawasan tadahan air dimana air-air yang turun itu akan diserap kedalam tanah bagi menyuburkan pokok-pokok yang ada di situ.

Banyak bukan fungsinya? Ini baru sikit yang kita bincangkan. Ada banyak lagi sebenarnya fungsi-fungsinya. Tetapi, itulah manusia. Tidak bersyukur dengan nikmat yang diberi. Allah ciptakan alam demi kebaikan manusia juga, tetapi mereka pula dok menebang pokok-pokok tu sehingga gondola jadinya. Seperti dalam hadith riwayat Muslim, Rasulullah S.A.W bersabda:

“Dunia ini hijau dan cantik dan Tuhan melantik kamu sebagai pengurusnya. Dia melihat apa yang kamu lakukan.”  [Hadith Riwayat Muslim]

Juga firman Allah S.W.T dalam surah Hud ayat 51 yang bermaksud:

“Dia menciptakan bumi (tanah) dan menjadikan pemakmurnya.”


Oleh itu, kita seharusnya menjadi pengurus dan penjaga alam ini supaya semuanya berada dalam keadaan yang baik. Bukannya kita menjadi pemusnah alam yang menyebabkan pelbagai bencana alam berlaku seperti tanah runtuh dan banjir kilat. Walaupun Allah ada menyebut di dalam surah ar-Rum ayat 41 yang menyatakan bahawa banyak kerosakan telah berlaku sama ada di darat dan laut akibat perbuatan manusia itu sendiri, tidak bermakna kita tidak boleh mengubahnya dengan menjaga semula alam ini dengan sebaiknya dan menghindarkan perkara-perkara yang bakal memberikan keburukan kepada bumi kita. Pun begitu, setiap apa yang berlaku ada tanda peringatan daripada Allah agar kita kembali ke jalan Nya. Lebih baik kita beringat sebelum kita sendiri yang terkena tempiasnya. Tak begitu kawan-kawan? Dah tergadah, jangan menyesal pula dikemudian hari. Kerana itu salah kamu sendiri. ^_^”

“Sudah timbul kerosakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan manusia; Allah menghendaki agar mereka merasakan sebahagian dari akibat perbuatan mereka agar mereka kembali ke jalan yang benar.”
[Ar-Rum: 41]

Begitulah Alam. Semakin saya cerita pasal alam ni, semakin saya rasa cinta dengan Alam. Impian saya suatu hari nanti nak bina rumah banglo yang sekelilingnya ada landscape pokok-pokok yang banyak dan warna-warni. Ada juga air terjun dan kolam ikan kat satu sudut dengan pondok untuk santai-santai. BESTNYA berangan kan?! Hehehe... InsyaALLAH suatu hari nanti. Daripada kecik itulah impian saya. Moga suatu hari nanti jadi kenyataan. Teringat pulak saya kat satu lagu ni by Bangsar Boyz yang bertajuk Cintai Bumi Kita. Dulu-dulu selalu dengar kat IKIM. Memang best. Ni lirik dia:

Cintai Bumi Kita
Album : Ke Destinasi Baru
Munsyid : Bangsar Boyz

Indah permai bumi kita
Aman sentosa sejahtera
Lihat sungai yang mengalir
Deru ombak yang berdesir

Hijaunya nusantara
Penyegar pandangan mata
Damai suasana
Ciptaan Allah Maha Esa

Tetapi oh mengapa
Ada saja dalangnya
Mencemari bumi ini
Indahnya dikotori

Oleh itu hai kawan
Bersama kita pastikan
Keindahan bumi tak lagi dinodai
Keindahan bumi tak lagi dicemari


Akhirul kalam, hayatilah firman Allah ini:

“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda bagi orang berakal (iaitu) orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan baring dan mereka memikirkan mengenai penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami daripada seksa neraka.” 

[Ali-Imran: 190-191]

0 comments: