Saturday, June 20, 2009

Anda Bijak Jauhi Zina!

Pelajar sertai Kempen Jauhi Zina
akhbar sinar harian, sabtu, 20 june 2009
logo ABJZ
NILAI – Seramai 210 pelajar Kolej Antarabangsa KPJ menyertai Kempen Jauhi Zina anjuran Biro Agama Kolej Antarabangsa KPJ, Nilai dengan kerjasama Jemaah Islah Malaysia Negeri Sembilan. Kempen di Auditorium 1, Kolej Antarabangsa KPJ itu melibatkan dua slot ceramah bertajuk Penahan Cinta Terlarang dan Sembang-sembang Cinta. Rata-rata pelajar ditemui berpendapat, kempen tersebut perlu diperluaskan memandangkan keruntuhan akhlak remaja semakin membimbangkan.
Hani Nabilah Mohd Hussain, 19, berkata, kempen tersebut nyata memberi kesedaran sekalipun maklumat diberikan penceramah sudah diketahuinya sebelum ini. Menurutnya, zina dilarang Islam kerana menyebabkan wujudnya perkara negatif lain.
"Kebanyakan kita tahu zina itu haram, tetapi ramai me-ngikutkan nafsu dan gelora bercinta sehingga lupa segala-galanya. “Menerusi penerangan sepanjang kempen ini, dapat membuka hati dan jiwa pelajar agar menjauhi zina yang boleh memudaratkan diri sendiri,” katanya.
Sementara itu, Mastura Mohd Desa, 22, berkata, keruntuhan moral dalam kalangan remaja semakin berleluasa sejak kebelakangan ini. “Masing-masing tidak mengenal erti haram dan halal sekali gus mengetepikan agama yang merupakan tunjang kehidupan. “Kempen ini perlu untuk mengingatkan kembali peranan sebenar pelajar,” katanya.
Penuntut Universiti Islam Antarabangsa Nilai, Ruqayyah Nuruliman Ainullotfi, 19, berkata, kempen tersebut lebih berbentuk kesedaran moral kepada penuntut yang kebanyakannya terpesong daripada landasan sebenar sebagai penuntut. Katanya, kebimbangan timbul kerana ramai golongan remaja sejak kebelakangan ini menjalani gaya hidup bebas. “Sekalipun kita tahu, tetapi kita perlu sentiasa diingatkan tentang bahaya zina yang bukan sahaja merosakkan diri, tetapi bangsa dan agama,” katanya.
*gambar tambahan
seramai 220 pelajar yang hadir termasuk staff dan pensyarah
umi roses memberi ceramah bertajuk "Panahan Cinta Terlarang"
khusyuknya kawan-kawan ni mendengar forum
Panelist dari kiri: Ust Wan Aminuddin (dari MAINS), Ibu Yus (dr Raudhatus Sakinah)
dan moderator kak Roha Hassan
Antara teman-teman dari Pusat Asasi UIA, Nilai yang dijemput hadir
Semua peserta bergambar bersama para panelist dan penceramah

2 comments:

Unknown said...

sebenarnya nak cerita yang dia masuk paper je kank.dush.

faareast said...

faham2...