Saturday, April 10, 2010

~Memories~

Bak kata laiqa, memory memoru~ hehe...
Sahabat? Teman? Rakan? Kawan? Yuk, kita bercerita disini~
Tatkala berbicara mengenai memori, aku sering terkenang akan sahabat2ku terutamanya yang telah berjuang bersama-sama denganku sejak dari aku mula-mula masuk darjah 2 hinggalah ke tingkatan 5. Merekalah antara yang banyak memberi aku semangat & dorongan x kira dimana sahaja aku berada. Bilamana aku down & kadang2 pernah juga aku tersasar seketika, merekalah yang tidak jemu menasihat & memberi semangat agar aku terus melalui jalan dakwah ini dengan gigih walaupun banyak onak & cabarannya harus ditempuh~
Hari ini, entah kenapa hatiku tiba-tiba tergerak nak membelek album & video Ekspedisi Nadi Hidayah ke Puncak Kinabalu. Ya ALLAH! Tidak dapat aku gambarkan betapa rindunya aku kepada sahabat-sahabatku ini. Termasuk juga guru-guruku yang menjadi pengiring waktu itu. Seolah2 xpdc itu menjadi tahun terakhir buat kita semua di SMIH. Sayang, kini semuanya sudah tidak lagi menjadi tenaga pengajar di sekolah... Setelah kami meninggalkan SMIH, satu persatu guru2 pengiring kami meninggalkan sekolah itu. Ust. shahrudin ikut jejak kami dgn mengikuti kursus KPLI, kemudian ust. Hamidah & ust. Halimah juga pergi meninggalkan mereka disekolah. Setahun selepas itu, ust.rahim pula menyusul mencari rezeki ditempat baru. Aku juga rindukan suara takbir yang bergema tatkala dilaungkan disetiap kali kita mencapai kejayaan tidak kira sama ada ikhwah mahupun akhawat yang melaungkannya.
Kebanyakan masa di waktu aku sedang stress, aku seringkali teringatkan wajah-wajah sahabat-sahabat seperjuanganku itu.. Merekalah yang menjadi penawar dikala stress ku menyerang. Syahdu rasanya hati bila terkenangkan mereka. Menitis air mataku menahan kerinduan. Pada seorang sahabat inilah aku sering mengadu & berkongsi rasa. Terima kasih Zulaiqa! Bagiku, merekalah sahabat yang tiada galang gantinya. Antara banyak-banyak sahabat, merekalah yang no.1 aku ingat, sayang & kasih setulus hati.. Sungguh, lafaz yang tersimpan ini tidak dapat ku tuturkan dengan kata-kata biasa. Merekalah sahabat yang aku ikat sepenuhnya dengan hati.
Kenangan itulah yang menggamit hatiku untuk kembali semula ke sekolah. Aku tidak malu untuk kembali ke sekolah yang telah menjadi saksi perjuangan kami sejak kami berumur 7 tahun hinggalah umur mencapai 17 tahun. Aku sangat bersyukur kerna ibu bapaku menghantarku ke sekolah ini kerna disinilah bermulanya sebuah persahabatan, persengketaan & perjuangan kami semua demi mencapai sebuah kejayaan yang bukan hanya kejayaan akademik semata-mata, bahkan juga sebagai permulaan titik tolak kami sebagai seorang dai'e. SEKOLAH RENDAH & MENENGAH ISLAM HIDAYAH, JB menggamit 1001 kenangan yang sukar untuk aku lupakan...
Sahabat2, korang tahu x yang ana SANGAT & TERAMAT RINDUKAN antum semua!! Sampai sekarang, susah ana nak cari sahabat macam antum semua yang selalu memahami & sabar dengan kerenah ana. Kalau ana ada masalah dengan kawan2 lain, ana sayu sangat bila teringat antum semua. Memang susah nak menahan air mata tu dari bergenang sebab koranglah sahabat2 yang AMAT ana SAYANGI. Memang tiada yang dapat gantikan korang tau! Ana rindu nak gaduh, sakat & cari pasal dengan korang semua. Kadang2 tu rasa macam nak balik ke alam persekolahan balik. Rasa macam x nak masuk ipt, tapi nak wat macam mane kan? Life have to go on no matter what happens. Bersyukur rasanya bila batch kita x ramai ahlinya terutama sekali yang akhawat. Disebabkan itulah kita rapat dan x de berlakunya assobiah dalam batch kita kan? rinduuuunyeee.... x sabar nak tunggu gathering nanti. Kalau ditakdirkan umur kita panjang, kite jumpe kat sana ya? Doakan ana dapat datang tau! ^_^"
kami!
indah bukan ciptaan ALLAH?
Kami dipuncak jaya! TAKBIR!!
guru2 ku yang di sekolah kelihatan tegas, tp umpama kanak2 ketika disini.. hehe
(us. shah, us. rahim, ust. halimah & ust. hamidah tidak akan kami lupa walau kalian
bukan lagi pendidik di SMIH)
perjuangan kita bermula disini~
kenangan yang akan ku kenang selama2nya
walau sijil kami bewarna, tapi kejayaan ini untuk semua~
~sahabat tempatku mengadu & berkongsi cerita~
semangat bukan kami??
~Tinta buat sahabat~
Sahabat2 yang ku kasihi,
andai aku terleka & terlena dengan helah duniawi,
kejutkanlah aku sehingga aku betul2 terjaga,
Sedarkanlah aku bahawa aku berada di alam yang nyata,
Jangan biarkan aku lena terus dibuai mimpi yang hanya sementara,
Jangan tinggalkan aku sendirian didunia yang entah apa adanya.
Sahabat2 yang ku sayangi,
Ingatlah bahawa aku juga manusia biasa yang bisa hanyut bila2 masa,
Tariklah aku sekuat2nya andainya aku jauh dari kalian juga dakwah ini,
Pautlah aku sekuat2nya supaya aku tidak lari lagi,
Ikatlah aku bersama2 ukhwah & dakwah itu...
Sahabat2 yang ku sayangi,
Mungkin aku kelihatan seperti orang yang kuat semangat,
Macam waktu sekolah2 dulu,
Namun hati manusia tiada siapa dapat jangka kan?
Aku juga lemah!
Aku juga mudah beralih arah!
Memang untuk tetapkan hati itu tidak mudah,
Tapi, USAHAlah!
Aku juga akan berusaha untuk diriku,
Tapi kau juga tolonglah aku untuk tetap berada dijalan ini,
Kita sama2 berusaha ya?
Terima Kasih sahabat!
Kerna itu, kasihnya aku pada kalian bertambah..
Kerna itu, sayangnya aku pada kalian mekar...
Kerna itu ukhwah kita tidak pernah pudar
Malah semakin hari semakin bercambah...
Semoga ALLAH merahmati serta memberkatimu sahabat..
Ukhwah fillah abadan abada~
nukilan oleh IMAN;
2:05 AM, 11 April 2010
TSPP, JB
~ Sahabat2 seangkatan ~
.: laiQa : angah : atiqah : ainnur : dayah : bari : ikmal : mardy :.
.: khadijah : nuha : aifiah : afifah : maryam zahidah : athirah : amalina : adiba : salwa : nisa' : izzah :.
.: nabihah : hanis : hayati : hamizah : fairuz : adila : shaidatul :.
.: a'anal : manHasni : manRos : azzam : basyir : adika : afiq : faaris :.
.: fakhrudin : fahmi : furqan : munzir : nu'aim : suhaib : umairM : umairS : zhafir :.
.: daeng : hasif : abbas : luqman : mirul : ghazi : syahmier : muadz : aiman :.
.: haiqal : 'ammar : anas : madH : madJ : firdaus : hazim : khairudin : lutfi :.
.: marwan : mubin : safiuddin : saiful : salman : syafiq :.
.: uda : zariffullah : uqbah : syahmul : zaid : zakaria :.
TERIMA KASIH semua for the great friendship!

8 comments:

zulaiQa habsyi said...

dear imano's iman,
we share the same feeling here gal!! hehe

btw, kalau orang baca post ni, sure diorang cakap kte syok sendiri. Tapi, mungkin mereka xrasa apa yang kita rasa. Kerana mereka mungkin xdapat apa yang kita dapat dek kerana kemungkinan mereka tak melalui apa yang kita lalui

thanks for the cherry berry sweety sweetish post!! Semoga hubb lillahi taala terus bercambah antara kita :)

akak_!MaN said...

dear lychee lyQa,

biarlaa orang nak cakap syOk sendiri ke ape ke... janji I can express my feelings to whoever I want~ ngee~

hehe... sweet eh? x ingat lak ana letak gula dalam post nih~ hehehe

Unknown said...

ohhohh.kuat la.hari esok masih ada ujian untuk ditempuhi.jom kuat.lalala.

Adilah Afanddi said...

Assalamualaikum...

"bila hati berkata2..."

"jauh....tapi,...dekat..di HATI.."

"Semoga kita semua dirahmati Allah"

>>jaga diri!
>>jaga Iman!

iman...iman...

khadijah said...

akak iman,thanks..
iman tak syok sndr sbb kita sma mersai..(^_^)

mg Allah pelihara kamu,sya dn semua dgn sbaik2 pemeliharaanNYA...
yuk,sma2 kuat n hammasah...!!!

kang_senpai said...

ahahaha..kuatkan smgt...bulatkan cite2..member memane pelosok leh cari...jgn cepat menyerah..sesungguhnyer perjalanan kite masih jauh..hidup ini memang kejam bagi yg tidak menghargainyer....-senpai-

Anonymous said...

cis!

dalam banyak banyak nama, si mami laiqa mocha laici jugak yang anti mention ye. hehe.

tapi kan..

betul lah. rindu kat semua~

maryam.

akak_!MaN said...

yam: hahaha... jeleskah kamu? jangan jeles ya? hehee... sbb ana slalu tepon die kalo bOsan~ nk tepon nt hmmm..... bz memanjang!^o^"